Sunday 22 May 2011

Aku dapat!!!!!

Mesti alina akan rindukan suasana kt sekolah kan??
Alina rindu masa jadik budak tingkatan...
Form5 paling sweet...
Boleh gelak kuat2 macam pontianak...
Boleh cakap kuat2 or jerit2 macam orang gilerr..
Tak ada perasaan malu sebab semua tahu alina macam mana...
Boleh tak buat kerja sekolah...
Boleh copy paste budak niew punya jawapan...
Pakai uniform sekolah..kain biru....
Jadik budak senior..
Rindu ngan budak satu kelas...
Ngan cikgu....
ngan kelas...
ngan kawasan sekolah...
ngan subjek2 lama...
buku....
ngan pasar lambak kat sekolah....
ngan sungai...
ngan medan seleraa umi...
ngan semuaaaa sekaliii........!!

masa form5..
cantik tak kelas alina??
kitorang kemas sendiri tau...
alina rindu meja alina..
alas meja yang koyak sana sini..
ada nama kat sisi kiri..
hurmm....

Gambar masa form6..
form6 pon best gak..
pasti alina rindu mereka..
Terpaksa tinggalkan form6..
Sebab susahh kot...
huhu...

Alina dapat politeknik kat sabak bernam, selangor..
Kos Dip Kejuruteraan Alam Sekitar...
Alina pergiii...
Tabik springg!! *apa kena mengena??
hahaaha
tapii kann kena jauh ngan family..
apatah lagi ngan mak..
kalau alina sakit macam mana??
kalau alina susah macam mana??
siapa nak tolong erk??
huhuhu

Hello friend...
harap korang semua baik belaka kay sana nanti..
hurrmmm....

byee!!

Saturday 21 May 2011

Ular???!! n blaaaaaa r

semalam..ada kejadian yang menggemparkan berlaku. huhu.. Mr UH masuk rumah alina.. Nak tahu apa itu UH?? UH tu 'Ular hitam'..

Ceritanya cam gini.. Semalam mak nak angkat kain jemuran..pastu masa nk melangkah keluar, mak nampak Mr UH tu.. Mak panggillah alina.. Tapi alina ni bangang.. Pergi panjat kerusi.. hahaha Pastu bila Mr UH da kena tahan ngan mak pakai kayu, baru alina turun. Ambik phone n call ayah.. Sementara tunggu ayah balik, mak suruh alina ambik air ngn garam. Pastu mak siramlah Mr UH ngn air garam.. Mr UH kan lemah ngan garam..

My mom n dad adalah Superduper hero!!! haha akhirnya dapat juga mem'kill' Mr UH.. Haa nak tahu sebesar mana Mr UH tu?? Sebesar lengan alina.. huhu

Mak bising kat alina..!! :( Kalau korang nak tahu, kalau kita melambat2 kan permintaan kita kat seseorang, nanti Mr Ular akan masuk.... Itu kata2 orang dulu2 laa..

kalau korang tak paham, n perlukan contoh, meh alina terangkan. Contoh..alina ada mintak mak kamera, pastu mak nak belikan time tu gak. Tapi alina tak nak, alina nak tangguh2.. haaaaaa paham tak?? huhuhu kalau tak paham, buat2 paham laaa..

semalam alina pakai baju kesayangan!! baju death note.. Alah baju yang sama ngan faz tuu.. hehe..

semalam gak pergi jemput akak. Tak sudah2 jemput dia aje.. huhu pastu pergi Giant.. belanja jap...n kat tempat kerja ayah ada bagi kupon RM500 untuk pekerjanya..huhu apa lagi, alina cekaulah apa yang alina nak.. haha boros tak alina ni?

S.E.N.G.A.L giler! haha masuk kat dalam troli....tapikan, best gilerr.. haha macam baby plak!

Ini selipar kesayangan alina. Tak kira alina dressing lawa2 ke, alina tetap pakai selipar niew.. haha selesa laaa... Dia pernah hilang masa kenduri kat rumah atuk. Kat rumah taman, biasalah kan orang main cekau aje kasut.. Alina dapat tahu selipar niew hilang, alina nangis kat situ gak.. Tak nak makan, tak nak cakap..masam aje..huhu n akhirnya jumpa juga.. kat rumah orang sebelah.. My uncle yang jumpa.. huhu.. *tak pasal2 cerita tentang selipar plak kan?? haha

tak moh nangis2 niew.. gembeng tol lah alina niew.. emo je lebih.. hahaha sengal!!

haa farah baby+manja niew lah novel tengku khuzairi tu.. hahaaha

byee!!!

Wednesday 18 May 2011

Geramm!! haha

Today alina nak cerita tentang my form6.. Haha tak abis2 aku ni. Hari ni macam biasa aje tapikan ramai yang tak datang. Setengahnya pergi sambut hari guru kat srijaya. Cikgu yang bawak. Malangnya alina ngan kengkawan tak pergi..hhuhu
nak tahu apa ni? ni apa ek? tak tahu nak cakap apa..tapi ni untuk undi sekolah punyalah. Kalau menang boleh shopping2..kot? haha alina tak amik pot. tapi benda alah ni comel!

Dan disebabkan benda alah ni juga pipah perang mulut sikit ngan budak lelaki form6 yang baru. haha mamat2 tu memang tak boleh blah lah seh.. panggil kitorang saloma, peah, mak cik n bla3.. Kalau nak kawan cakaplah bebaik.. akan kami sambut ia ngan baik. Tapi macam apa ntah! da tu bohong kitorang. Cakap cikgu suzi panggil larr tapi bila nak pergi diorang kata diorang bohong.. Cih!! Pastu salah seorang darinya mengaku muka dia macam 'FARID KAMIL'.. Eeeuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!! Tapi pipah kira beranilah nak betah diorang. huh kalau alina, boleh gagap jadinya. hahaha

Alina tak suka bebeno orang macam tu. Tak ada adab! Orang cakap2 pastu menyampuk. Kalau da kenal tu lainlah..ni tak kenal.. Cuba la cakap baik2.. please lah!! Mamat2 tiga orang yang pelik!! Alina sepak kang baru tahu!! Hahaha Alina kutuk sebab alina tahu yang diorang takkan baca blog alina ni..haha jahatnya alina ni kan????huuuuuuu

Pagi2 adalah waktu BM. masa tu otak lom nak jalan lagi. Tangan pon belum ready lagi. Pastu kena buat nota plak. Cikgunya cakap laju macam kereta api plak tu..huhu jadik my tulisan jadik cakar ayam+harimau..huhu beginilah tulisan alina............. menakutkan tak?? hahaha terpaksa guna pensel.. sebab alina ada pensel aje. Dakwat pen plak habisss..hoho

haa ni tulisan alina bila di dekatkan!! huduh nyerrr!! Cubalah korang baca, mesti tak paham punya..huhuuuuuuuu

ni plak nota pengajian perniagaan.. Cikgunya best. Dia terangkan satu2.. hehe haa yang ni pakai pen.. pinjam orang punyaa!

begitulah cerita alina... tapi tadi masa MUET, mamat tu tetiba baik plak. Tolong kutipkan kamus kitorang.. tolong edarkan kertas. ingatkan alina nak amik sendiri..haha tapi harap mulut diorang tak macam bangang lagi esok. huarharharhar!

ok choww!! byeeee!! muah3!!

Tuesday 17 May 2011

George of the jungle

Hari ni alina buat 2post kan? Rasa pelik plak.. hurm tak apalah. Hari ni hari wesak so tak sekolahlah. So banyak masa..
Then kat tv banyaklah cerita2 best. Lebih kurang pukul 12.15, alina on tv. Tekan2 remote, tak ada cerita best. pastu matikan. Pukul 1.25, alina on kan tv lagi.. Tekan2 lagi remote 2.. Tekan tv2. Ada cerita best! Ada rumah atas pokok, pastu nampak macam tarzan lak tu. Opss tu bukan tarzan tapi george of the jungle..!!

Mata alina tak terkelip tengok george yang handsome tu. Tough nyer body dia.... Waaaaaaaahhhhh!! (macam nampak berlian). Sebelum ni alina tahu yang George of the jungle niew cerita kartun. Alina tak biasa lar tengok tapi kekadang layan gak. Kalau versi kartun, ceritanya macam bodo2. Tak best! Tapi bila cerita betul2, best!! Ceritanya da lama lah. Tahun 1997 kalau tak silap..

Brendan fraser aka george of the jungle.. luv u bebeh! haha

Alina rasakan, orang yang body dia ketul2 ni bila senyum mesti nampak sweet sangat! BETUL!! Cuba tengok the rock senyum.. pastu cuba tengok george of the jungle lak senyum? haaaa sweet tak?? Tapikan sekarang goerge of the jungle da gemok sikit dan tua! It's ok bebeh! Alina tetap jadik ur big fan! haha

Cerita ni mengingatkan alina pada Angkasa dan Raja Isyirah.. Siapa mereka? haha diorang tu karakter sampingan dalam novel baru alina..

Sedang alina tengah update post niew.. masalah besar datang lagi. masalah lain!! Adoyaii!! Sesuatu yang alina tak suka, yang alina tak boleh tolak dan mungkin tak ada penyelesaian.. Aiyoo baru nak hepi2 ngan george of the jungle......hampeh betullah!! Someone please help me!! help! help! *_* huhu

Tapi walauapapon george memang best!! haha body kau lagi best!! haha ketak2 gitu! Yeahh baby! harharhar BYEE!!

Wednesday 11 May 2011

Cerita sengal tentang FORM6

Alina nak cerita niew..yang alina baru masuk form6 start hari isnin masa tu. Memula bosannyerr!! Memang bosan tahap cipan. Ngantok plak tu. Nak lentok kepala, memang tak boleh. Takut nanti kena sound plak. Kawan sebelah alina tu memang ratu tidur+mengantok.. Memang tak bley blah. Alina rasa nak join dia jerk tapi dia lentok kejap jerk sebab kelas form6 besar dan senang nampak pelajarnya.. Beza ngan kelas masa form5 dulu.

Kawan2 alina memang tak bleh blah..dyorang tak datang tadi. Ramai yang tak datang. Tapi hari ni taklah sebosan hari2 sebelumnya. Hahaha alina belajar benda baru.. Alina da start tertarik ngan form6. Harap2 alina bley handle.

kalau alina da boleh handle subjek2 kat form6, mesti alina akan suka.. Alina da buat keputusan kaw2 yang alina nak ambil subjek ekonomi sebagai subjek pilihan..sebab alina love kan ekonomi!!! macam love kat gambar atas ni.. Nampak cantik..comel... d^__^b

kalau tak, alamatnya terjatuh+kiok lah alina.. mintak2 ok2 jerk form6 niew!!

Fuhhhhhhhhhh...huh!! ~__~

Nak tahu tadi alina happy.. Cikgu2 yang masuk semua best2 belaka. Cikgu buat lawak... Memang tak kering gusilah.. hahaha

Tapikan tadi masa nak keluar dari bilik mesyuarat+gerakan, alina orang 1st yang nak keluar. Alina rasa macam bangang giler sebab alina nak buka pintu pon lupa macam mana. Hahahaha. Alina tolak, dia tak gerak, alina tarik pon sama gak. PELIK??! Alina try pintu sebelahnya..baru nak try.. Nana plak datang n jadik macam alina. Sengal bebenau. Dia buat macam alina buat. Hahaha tak jalan gak.. Rupa2nya pintu lagi satu. Hahaha kitorang keluar then ketawa kaw2. hahahah sengal!!

Ada budak baru masuk sekolah alina..form6 gak.. Alina tengok muka2 dyorang macam dalam cerita drama kat TV3..JUVANA.. hahaha cikgu pon kata.. Apa lagi bengang lar diorang..

Faz plak, dia nak masuk form6 tapi dia nak form6 yang jenis ada asrama. Alina mentah2 comfirm tak nak. Da lar alina ni pemalas, nanti tak ley nak bawak plak.. Huhuh tapi tak apa, faz ada geng. Dia ngan sedara dia. Tapi dia daftar sekolah alina dulu lar buat sementara. Mungkin ada masalah. huhu ye tak faz??

Alina tak suka salah seorang kawan alina kata macam gini kat alina...
"weyh kenapa faza tak tegur ko?? dulu pantang kalau jumpa mesti tegur"

Mungkin ayat tu tak seberapa tapi ia buat alina bengang. Ehh biarlah dia nak tegur ke tak. Yang ko susah pehal plak. Sekali sekala tak tegur sekejap takkan tak boleh kot. Faz tegur alina apa bila hujung2.. HUHU.. Kan faz?? Sibukk aje budak tu.. hahaha jadik jahat plak alina niew..

Ok lah..alina chow dulu.. doa kan yang baik2 ye untuk alina ngan faz.. haha bye2 bebeh!!!

Tuesday 3 May 2011

Dengarlah celoteh pepagi buta! wekk :P

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... (kawan alina yang suruh bagi salam, nama dia izzati!) hahaha amik kau!

Jam kat sammy (my laptop) alina da menunjukkan pukul 1.58 minit pagi.. Hari ni alina tak boleh tidur sebab petang tadi da tidurr.. Bosan sehh..semua orang dah tidur. Pagi ni alina nak cerita secara rambang aje.

Haa nak tahu, alina ada my BB..nak tahu BB tu siapa?? BB tu motor alinalah.. Alina ni suka suki je letak nama ntah apa2 kat motor ni.. hahahaha macam bodoh2 je. Nak tahu, alina ni jenis yang malas nak basuh motor. Malaslah nak tonggeng2 n basah2. Alina pon sebenarnya pemalas! Malas nak start motor tu untuk panaskan enjin.. kekadang seminggu alina tak keluar bawa motor, seminggu jugaklah dia tak di start.. My BB ni lain pesen sikit..kekadang ngada2. Contohnya ia termati kat tengah jalan.. Aiyo.. Huh nasib baik boleh hidup, kalau tak, boleh gilerr jadiknya..

haa ni lah my BB.. Alamak ternampak nombor flat motor plak!! Hurmm mamarazi manalah yang curi2 amik gambar alina ni..huduh sehh!!

My BB ni pernah eksiden banyak kali.. Sampai laloq da dia. Yang paling kelakar eksiden masa raya. Faz yang bawak BB sebab kain dia ketat dan alina duduk belakang. Dah tu agaknya faz berangan jadik dia terperanjat dan alina plak terjerit macam kucing tertelan getah bila nampak kereta kat depan.. so...........Peeekk!! Jatuh!! hahaha tapi tak kena langgarlah..jatuh sendiri.. MEMALUKAN...!! Kain faz koyak n my tudung jadik laloq..pin tudung tercabut.hohohoho lawak3!! (nak tutup mukalah, huhu malu3!)

Dah eksiden, jadik macam orang bersalahlah bila ramai orang tengok.. huhuhu malunyeeeerr!! pistol umpama orang ramai dan alina ngan faz umpama kucing comel tu...huhui

Huhuhuhu bosannn!! Buntu pon ye.. Ha, nak tahu..alina baru belajar perkataan baru dari kawan alina.. Perkataannya adalah...:
  • LOWAT- maksudnya....gedik, bajet, over dan yang sama waktu dengannya.
  • MENGANJING- maksudnya....perli.
  • PEPEH- maksudnya....pancit or tayar pancit.
Hahaha tak ada kerja lain kan alina ni?? SENGAL!

Hurm kawan alina da nak masuk form6 dan alina still menunggu keputusan temuduga alina. Alina takut yang dikejar tak dapat tapi yang dikendong berciciran.. Hurm i don't want like that lah you... Alina nak lulussss......!!!

Hisy...mata da mengantoklah plak.. Ok lah my bebeh, alina nak tidur dulu ya.. Byeeee!!!!!!!!!!