Tuesday 28 June 2011

Genap 18 tahun daa..

hari niew birthday alina..
hahahaha da meningkat da umur aku..
pagi tadi time alina tengah basuh motor,,faz telefon..
dia call guna public phone kat sekolah dia..
memula alina tak angkat, sebab tak dengar..
pastu dia call ag..
faz wish birthday alina.. hihihihi

hari niew, ada orang tolong alina selesaikan masalah alina..
TQ for citah n syeri..hhuhu

haa niew la kek hari jadi alina..
tapikan, malangnya bukan alina yang pilih..
my kakak yang pilih..sebab dia pergi bando tadi..
huhu
but it's owk.. sedap gak.. kek aiskrim..

niew la kotak nyer, comel kn?? pink ag.. haha
alina merengek tak nak kek lain, nak kek dari baskin robin gak.. haha
degilnyaa.. huhu

suka tetap suka gak sambut hari jadi tapi tinggal beberapa hari lagi alina duduk kat rumah niew..
sedih2.. cuba tengok belakang tu, ada banyak barang yang perlu dibawa..huhu
sebenarnya ada banyak lagi barang tapi tak muat plak nak masuk kat dalam gambar niew..haha
APTB.. *apa pown tak boleh..
hahaha

d^_______________________^b

Sunday 26 June 2011

J.U.M.P.A

semalam memang giler kentang *tapi tak ada kena mengena dengan kentang ok!!
FAZ dan ALINA jumpa semalam.. jumpa buat kali terakhir sebelum KAMI pergi sambung belajar.. haha
yela nanti semua buzy kn?? huhu
banyak kejadian yang alina rasa giler semalam.. haha
contoh,,Faz pergi sound amoi kat kedai fotostat..
dia sound sebab amoi tu salah fotostat, dah tu caj mahal..
tak aci kn??
alina duduk luar
n terdengar suara faz sampai keluar.. hui TERROR tul minah niew..
n mungkin itu part Faz..

dan ini part alina.. I met him again!!
itu jerk alina boleh cakap, yang lain lu pikir la sendiri.. huhu

kami lepak2 jap kat rumah si HANISAH KHARIS..
Yang best nyer kan, dia kata dia suka baca blog niew..
time tu alina kembang laa seh.. haha
TQ lorrhh nisa sebab selalu baca blog kitorang niew.. huhu
jangan ko kembang sudah nisa sebab aku tulis nama ko kat sini.. hihi

Faz... wat muka sweet! hihihi
lepas tu kami pergi tepi sungai.. jumpa geng alina..
ada insyirah, pipah, jati, ngan farah..

time tu alina ngan faz berfotogedik laa.. hahaha nampak tak kat gambo atas niew??
agak kegilaan sedikit.. hihi

alina dapat hadiah dari pipah, farah ngan insyirah sempena birthday alina yang tak lama lagi..
alina pown lupa pasal hari jadi alina..

gambar atas niew adalah gambar hadiah yang diorang bagi..
ada minyak wangi, ada pin tudung, n ada tempat letak alat tulis.. sweet!
hehe korang, TQ sebab bagi aku hadiah..hahha

Friday 10 June 2011

H.I.P.O.K.R.I.T ! !

maksud hipokrit dalam kamus elektronik alina adalah '(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik'..

pernah tak korang rasa yang korang ni hipokrit?? tak banyak pon sikitlah.. please la mengaku! hipokrit tanpa kita sedar pon boleh terjadi tau.
Contoh: kita datang rumah orang..pastu da kena duduk diam2, senyum aje, jaga attitude.. kalau tuan rumah ada anak bujang/dara, mesti ada yang control cun/macho.. konon..mana lah tahu kan?? hipokrit jugak kan? hahahaha
jangan ada yang terasa sudah..

Alina admit yang alina memang hipokrit tahap gaban. alina pon bukan budak baik pon.. hihiihi! Siapa yang kata alina ni tak hipokrit, memang laa.. btw, ada sorang kata macam tu. act alina betul2 rasa macam uncomfortable bila dia cakap macam tu. dalam hati alina kata 'yeke? aku macam tu?? yoyo oo jerk'.. dah tu terpikir, apa yang aku buat sampai dia cakap macam tu?.. (termenung memikirkannya............)
eh2 owk2 tutup cerita.. balik kepada topik hipokrit, ramai yang tak sedar yang diri dia hipokrit. kan3?

Siapa yang tak nak ngaku memang la.. ikut stail orang lain pon HIPOKRIT apa. nak bodek orang pon HIPOKRIT jugak..
kadang2 kita kena jadik hipokrit untuk mengembirakan hati seseorang tu walaupon pada hakikatnya kita tak ada mood time tu....
tapi kan ada yang melampau TAK hipokrit. ianya dituju kan kepada orang2 yang cakap lepas dan maki yang melampau..
contoh: 'ko ni da la hodoh, letak gambar ko bergelen2. apa ingat orang suka la? da la kering macam cicak kobeng, ada hati nk jadik cun. blog ko ni pon macam sampah da aku tengok! bosan, cerita pon ntah apa2. geli aku. pakwe ko plak da la banyak jerawat batu.lama2 jadik gunung everest. eeii yekk.. apa punya taste la ko niew? hahaha'

jahat kan?? itu cuma contoh.. tapikan bila kita tegur dia karang, dia kata...
'aku tak nak jadik hipokrit. baik aku cakap aje. kalau dia nak terasa, biarlah. ada aku kesah? aku cakap yang betul apa.' (sambil buat muka)

huisshh kalau da sampai tahap macam tu, tak ada siapa pon nak jadik kawan ko lah. baik campak dalam longkang jer.. huhu kalau nak jadik hipokrit pon jadik la tapi jangan la melampau sangat. nanti kawan lari. padan muka!!! weekk :P

hipokrit...hipokrit..hipokrit.....
ramai tak suka tapi kekadang dengan sikap hipokritlah orang suka kat kita dan sebaliknya.. seorang kawan alina..dia "TAK hipokrit" tapi melampau dalam berkata2. boleh pecah jantung ni. alina cerita kat faz, n faz kata memang tak boleh pakai langsung n blablabla.. Ingat lagi tak beb aku ada cerita kat ko masa kita jumpa masa tu? huhu.. apa2 ajela kan... sabo jela kan... kan3? hahahaha kan.. Sengal!!

Byeee...n nite!!