Sunday 17 February 2013

cakap besar.

assalamualaikum w.b.t

selama ni semua orang termasuk alina laa, suka cakap besar. kadang-kadang kita tak sedar sebab kita yakin 'benda' tu tak akan berlaku kat kita. tapi.... bila da terkena baru menyesal. mak alina selalu sekat bila alina cakap besar. biasa mak cakap macam ni, "haa cakap besar, nanti kena baru tahu".. yoo bila mak cakap macam tu alina terdiam. opss tak sengaja laa.. setakat ni, banyak alina nampak balasan bila cakap besar. kalau boleh alina nak putar balik dan selamatkan 'kawan-kawan' alina. begitu juga alina. tapi perkara lepas jangan dikenang, just jadikan pengajaran aje. so now, mungkin untuk pengajaran...kami sederhanakan hubungan kami. alina perlu berdiri kat kaki sendiri supaya boleh uruskan diri sendiri dan juga orang lain untuk akan datang. berdikari? alina rasa da cukup berdikari.......tapi......alina sedar yang alina anak manja. yaaa alina kena berdikari untuk masak kari yang sedap untuk bakal suami.. hahahaha! *merepek kari plak! jadi.. lepas ni alina tak nak cakap besar dan lebih-lebih. biasa-biasa aje.

sekarang, disebabkan cakap besar, kawan alina da 'terr' kena masalah yang sangat-sangat-sangat besar. jujur alina kata, alina suka dengar masalah orang sampai tertidur. bak kata si FILZAH ZAHIRA, alina pendengar yang baik. yeke? whatever. tapi masalahnya alina tak reti nak nasihat orang. kadang-kadang laa nasihat alina menjurus kepada mendorong kepada tak baik. dan bila dengar penjelasan yang lagi satu, alina akan termakan penjelasan tu. bak kata dia jugak, alina cepat terpengaruh. tolonglah... macam mana nak nasihat ni? bila dah nasihat, alina plak kena marah. kena marah wei... sekarang alina tak tahu nak selesaikan masalah dia. kebanyakan penyelesaiannya adalah susah sangat dan menjurus kepada perkara negatif. tak apalah. slow2.. :)

#pengajaran jangan cakap besar, cakap kecik dah cukup. hehe ^__^