Mungkin alina agak ketinggalan sebab baru nak cerita tentang cerita drama EMILY ni tapi tadi tengahari pukul 1.30 ada di siarkan cerita ni, ulang agaknya.. Walaupon dulu-dulu da tengok tapi tak puas.. Ceritanya best gilerrr!! Sweet and gila-gila. Best betul!! Pandai Adi Putra ngan Nabila Huda berlakon.. Macam menjadi gila.. Cerita drama yang paling alina suka sekali.. Mantap lah bebeh. Lagi satu Uria lakonan Adi Putra ni suka pakai duit syiling untuk menentukan sama ada dia patut pujuk balik Emily atau tak. Kuno betul. Emily plak pura-pura merajuk konon minta di pujuk. Tapi Uria macam tak reti pujuk aje. Kesian. Lagu tema drama ni best gila ek. Lagu Afgan ngan Nagita.. Wah rasa tak puas nak dengar.. Ni alina sertakan liriknya.. Lagunya ala-ala macam orang patah hati n putus cinta.. Tapi sweet sesangat!! Cekidaut..............
Dan sinopsis sekali..........
YANG KU TAHU CINTA ITU INDAH by AFGAN feat NIGITA....
[Nagita Slavina]Tak pernah aku membayangkannya
Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya
[Afgan]Siang hari ku bagaikan malam
Pelangi pun berwarna kan gelap
Ini kah yang di namakan patah hati
[Duo]Tak ingin ku jalani cInta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku
[Afgan]Siang hariku bagaikan malam
Pelangi pun berwarnakan gelap
Ini kah yang dinamakan patah hati
[Duo]Tak ingin ku jalani cInta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku
[Afgan]dan tak ingin ku rasakan
jiwa yang tak tenang
ku mau kau tetap disisiku
[Nagita Slavina]Siang hariku bagaikan malam
[Afgan]Pelangi pun berwarnakan gelap
SINOPSIS..
Emily dalam Slot Cerekarama TV 3 dibintangi oleh Adi Putra sebagai Uria dan Nabila Huda sebagai Emily.
Mengisahkan Uria yang menerima wasiat teman baiknya lakonan Jehan miskin agar menjaga adiknya Emily yang baru berumur 18 tahun sekiranya beliau tiada lagi di dunia, dengan mengambilnya sebagai isteri.
Emily dan Uria bernikah tanpa rasa cinta dan berjanji untuk bercerai selepas 6 bulan berkahwin. Sementelah Emily sanggup mengahwini Uria kerana tidak mahu tinggal dengan pakciknya.
Emily mengenakan pelbagai syarat sepanjang pernikahan mereka termasuk tidur berasingan, Uria perlu membuat kerja rumah dan berjanji menceraikannya selepas 6 bulan. Emily pula meneruskan kehidupannya sebagai remaja yang suka main muzik dan sebagainya.
Emily mengenakan pelbagai syarat sepanjang pernikahan mereka termasuk tidur berasingan, Uria perlu membuat kerja rumah dan berjanji menceraikannya selepas 6 bulan. Emily pula meneruskan kehidupannya sebagai remaja yang suka main muzik dan sebagainya.
Pelbagai situasi berlaku dalam rumahtangga yang tak macam rumahtangga tu. Akhinya sekian lama ia membawa kepada bibit cemburu di hati Emily tetapi tidak mahu mengakuinya, begitu juga dengan Uria yang jatuh hati dengan Emily. tapi keduanya tidak mengaku bahawa masing2 dah ada perasaan, walhal ia dah disedari oleh makcik Uria, Ruby lakonan Natasha Hudson dan Emily bekerja di restoren Ruby. Amri rakan baik Uria lakonan Haniff telah jatuh hati pada Emily dan nekad untuk menggoda Emily ketika ketiadaan Uria di rumah. Emily berjaya menghalau Amri dari rumahnya dengan melakukan pelbagai taktik. Setelah Uria mendapat tahu tentang kejadian itu, Uria berhenti bekerjasama menjadi rakan kongsi Amri di sebuah galeri. Uria juga menumbuk Amri kerana terlalu marah.
Akhirnya masa 6 bulan berlalu. Emily berubah dari seorang remaja yang kurang ajar menjadi lebih bersopan dan menunaikan solat jemaah dengan Uria. Mereka menjalani makan malam terakhir sebelum Emily meninggalkan rumah dan memutuskan untuk putuskan hubungan mereka……
Keesokan pagi ketika Uria nak pergi dari rumah untuk mengembara, Tiba-tiba Emily ada tercegat depan rumah dan balik semula so happy ending.
Sweet kan walaupon EMILY tak tau malu?? Hehehehehe
suka sgt lagu dan cerita ni!
ReplyDeletebetul2..!!
ReplyDeletebesh..besh.. baru tgk kat tv3..✌
ReplyDelete