Sunday 17 February 2013

cakap besar.

assalamualaikum w.b.t

selama ni semua orang termasuk alina laa, suka cakap besar. kadang-kadang kita tak sedar sebab kita yakin 'benda' tu tak akan berlaku kat kita. tapi.... bila da terkena baru menyesal. mak alina selalu sekat bila alina cakap besar. biasa mak cakap macam ni, "haa cakap besar, nanti kena baru tahu".. yoo bila mak cakap macam tu alina terdiam. opss tak sengaja laa.. setakat ni, banyak alina nampak balasan bila cakap besar. kalau boleh alina nak putar balik dan selamatkan 'kawan-kawan' alina. begitu juga alina. tapi perkara lepas jangan dikenang, just jadikan pengajaran aje. so now, mungkin untuk pengajaran...kami sederhanakan hubungan kami. alina perlu berdiri kat kaki sendiri supaya boleh uruskan diri sendiri dan juga orang lain untuk akan datang. berdikari? alina rasa da cukup berdikari.......tapi......alina sedar yang alina anak manja. yaaa alina kena berdikari untuk masak kari yang sedap untuk bakal suami.. hahahaha! *merepek kari plak! jadi.. lepas ni alina tak nak cakap besar dan lebih-lebih. biasa-biasa aje.

sekarang, disebabkan cakap besar, kawan alina da 'terr' kena masalah yang sangat-sangat-sangat besar. jujur alina kata, alina suka dengar masalah orang sampai tertidur. bak kata si FILZAH ZAHIRA, alina pendengar yang baik. yeke? whatever. tapi masalahnya alina tak reti nak nasihat orang. kadang-kadang laa nasihat alina menjurus kepada mendorong kepada tak baik. dan bila dengar penjelasan yang lagi satu, alina akan termakan penjelasan tu. bak kata dia jugak, alina cepat terpengaruh. tolonglah... macam mana nak nasihat ni? bila dah nasihat, alina plak kena marah. kena marah wei... sekarang alina tak tahu nak selesaikan masalah dia. kebanyakan penyelesaiannya adalah susah sangat dan menjurus kepada perkara negatif. tak apalah. slow2.. :)

#pengajaran jangan cakap besar, cakap kecik dah cukup. hehe ^__^

Sunday 21 October 2012

malang tak berbau

Assalamualaikum. da lama alina tak update blog. hari ni alina nak cerita pasal kejadian yang berlaku kat alina dan kawan-kawan. kami kemalangan. alina trauma.

jumaat masa tu, alina dan kawan-kawan iaitu fat, ida dan kak su pergi sungai besar. kitorang pergi naik prebet sebab kitorang da biasa. lagipun bas tak ada time tuh. masa perjalanan balik, pak cik tuh nak hantar 2 orang kakak senior kat rumah sewa diorang. sebelum tu singgah kedai runcit sekejap. tapi...tiba-tiba van yang kitorang naik langgar tiang elektrik. yang lain tak cedera. cuma.. kak su yang kena teruk.

kak su retak kat kepala. ada pendarahan sikit aje. sampai2 kena hantar ke hospital klang. alina tak dapat ikut teman kak su sebab seorang aje yang dibenarkan naik ambulans. fat yang temankan. time on the way nk ke hospital, alina pangku kak su, alina nangis tak henti sebab asyik tengok kak su mengerang sakit. tak sampai hati. kak su nangis aje.

buat masa sekarang, kak su da boleh balik dan diberi mc 5 hari. doktor lepaskan dia sebab nak tengok keadaan dia. kalau tak ok, datang hospital balik. fat kata, retak kat kepala kak su tak bagi effect apa-apa pon.

so, alhamdulillah. tq YA ALLAH selamatkan kak su. dan alina cuma terhantuk aje..hihi :D #wif kak su <3

Tuesday 12 June 2012

zaman sekolah :)

hello guys..
assalamualaikum.
hurmmm tak tahulah kenapa alina asyik nak update blog aje..
semalam da update, hari ni pun update..
hahaha
tak apalah sekali sekala ye tak?
hee~~

zaman sekolah!
alina rindu sangat2 yang amat..!!
sampai sekarang alina simpan uniform sekolah..
baju kurung puteri Islam pown simpan..
hehe~
bila agaknya boleh pakai lagi ek?

 niew alina dan kawan2 dengan cikgu akaun kitorang..
OMG! i hate account subject..!!!
hahaha pengakuan!
*cuba carik alina yang mana satu..

oowk, niew cikgu sains..
cikgu yang comel dan baik.. love u!

niew cikgu bahasa melayu..

hahahhaha
time untukk melantakkkk!!
ngaummmm!

insyirah, alina dan azzah..
lalalalalalala.. *peace!

wow! smart nyerr..

dengan insyirah! ^__^
buang tebiat! hahaha

haa niew partner yang terbaikk...
kiranya dialah kawan baik masa menengah atas..
dia alim. kalau alina terlupa apa2,
alina tanya dia.
hee~
hafifa namanyer..

yang niew...
siapa tak kenal yang baju purple..
FAZ laa kan..haha
BFF yang tiptop meletoppppp!!
dan yang baju hijau tu namanyer syeri...
dulu kitorang berempat kawan baik..
sejak dari form 2 sampai form 3
dan ada lagi sorang,
gambarnya kat bawah niew..

namanya syahidah.. hehe
niew time dia bertunang..
sekarang da kahwin daa...

haha alina bila lagi nak kahwin??
ceewwaahhh!
berangan plak..
da jangan merapu..kang kena pukul ngn penyapu plak..haha

*PEACE! 
alina budakk sekolah....
niew time baling tepung..
last day sekolah..
time paper ekonomi..
love ekonomi much2! hee~

rindu segalanya tentang sekolah..
kalau boleh nak putarkan balik masa..
bangun awal pagi..
bawak motor laju2..sejuk....
buat kerja sekolah...
kopi pasta..senang!
tak macam sekarang..
assignment bukan main susah..huhu

owkk laa tu saja..
saja nak kongsikan time sekolah dulu2..
hee~

wassalam..

Tuesday 13 March 2012

Everythingggg... :)


CASE STUDY!

Masa cuti sem masa tuhh,, alina and the gang pergi case study
kat BATU PAHAT..
kat loji rawatan air sri gading..
case study niew untuk subjek water supply..
bestt gilerrr...
hehehe


HAAAAA kat sini cantik!!!
kat dalam kawasan loji..

niew time shopping2..
hehe ngn kuza n fat..
yang lain bawak haluan masing2...
hahahaha
*posing yang pelik...




PHOTOSHOOT!

masa bilaa ek...??
urmm balik umah fiza..
time 2 bulan duaa rasa nyer..
kitorang pergi taiping..
balik umah atuk fiza..
sama 2 jalan2..
n photoshoot skali..
heee!

FAT

FIZA

ME.. < ALINA
(tak ada mood nak pose,,tengok uh muka macam nak makan orang aje..HAHA)
WHATEVER!

Owkk lepas segala beban..
TQ!
tq untuk dia,dia,dia,dia dan dia..
hahahaha
semua orangg laaa...
*PEACE NO WAR!

p/s: doa kan untuk final exam alina ek..alina nak kalah kan orang yang memperlekehkan pointer alina!
hahahaha tunggu laa ko.. :D

BYEEE!

Sunday 8 January 2012

NEW year . . .

hai kawan!
masa New Year masa tu,,alina tak sambut pown!
hahaha :)

alina pergi ke nilai,,Negeri9..
ikut fat balik umah makcik dia nak kahwin..
fiza pown ikut sekali..
masa on the way nak pergi ke nilai,,
kitorang dew sesat sikit..
token alina sengal tak boleh guna..
haha memang siot..
haha time tu memang lapar beno!

kitorang berjalan jauh..
dari poli ke sabak bernam..
pastu ke pudu..
dah tu ke KL sentral..
then,,ke TBS..
lastly ke Batang Benar..
hehe..
act kitorang ke TBS sebab nak beli tiket balik raya cina nanti..
nanti senang..kalo tiket abis..
hehe

kitorang sampai malam kat umah makcik fat aka MAKLANG,,
kitorang tolong2 laa sikit maklang..hehe
maklang niew laa yang nak kawin..
mula2 terperanjat gak,,
tapi lama2 paham..
hee :DD

nak tahu,,makanan pengantin...
kitorang yang buat campur sepupu fat..namanyer farah..
best!
1st time kowt wat macam katering..
tuan rumah tu siap promot ag pasal katering niew..
hahaha
dah tu makcik tuan rumah tu pikir yang kitorang niew form 5..
hahahahaha
amboi mudanya!! yes3! :D

nak tahu,,masa sampai rumah maklang masa mula2,,
semua orang pikir yang antara kitorang niew awek sepupu fat..
haha tak boleh blah.. :P

pastu 1 ary bulan 2012,,
maklang kawin..haha
penat tapi best..
best sangat..
then malam tu pergi jalan kat seremban..
hehe :)

keesokannya kitorang balik poli..
sepupu fat ngan kawan dia yang hantar..
memang jauh..
haa gambar kat atas niew masa on the way balik..
masa kat dalam keta..

niew plak time kitorang kat dalam teksi,,
nak pergi beli pendrive..
hahaha asyik sangat jalan2 kat seremban masa tu,,
sampai lupa nak beli..
so terpaksalah keluar pergi beli..
:)

HAPPY NEW YEAR!
mula kan azam baru,,
hidup baru tanpa ada rasa SAKIT HATI (!)
HEHE *PEACE NO WAR

Wednesday 28 December 2011



sing from heart...



Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu...

HANYA KAMU....TAHU TAKKK!!!
HUHUHUHU