Sunday, 17 April 2011

Temuduga UiTM

Semalam 16/04/2011, alina pergi temuduga kat UiTM JB. Untuk course Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah. Sebenarnya alina takut gak tapi nak buat macam mana kan..
ni masa dalam kereta tapi masa otw baliklah. Buat muka lega..(legalah konon) *_*
ni lah UiTM JB. Sebenarnya my uncle yang guide ke UiTM ni sebab ayah tak berapa PRO pasal bab jalan ni. Kitorang cari sampai sesat. Rupanya UiTM kat bahagian dalam-dalam kawasan kampung.
ni lah lukisan alina. Hodoh kan?? hmm harap-harap dapat masuk U. Budak lelaki yang kat depan alina tu lukis biasa-biasa je. Nampak dia terlalu berhati-hatilah. Tak ada arah cahaya. Tapi ok lah tu boy (konon nak sedapkan hati)... Masa kena temuduga tu alina kecut giler.. Asyik cakap "haahh??" dan "hmmmmmm". Gilerlah. Nasib baik dapat lecturer or penemuduga yang baik lagi lembut. Ha yang penemuduga lagi satu tu macam garang dan suara dia lantang giler. Bergema bilik tu. Kat sana alina dapat 3 orang kawan. Nama dia Aida, Suhaily dan lagi seorang alina tak tau nama dia tapi dia duduk kat area JB.


Lepas Alina keluar dari temuduga kitorang (my family n I) pergi Angsana, nak pergi mamam.. Nyum,nyum sedap!!



Kat sana alina jumpa banyak ragam manusia termasuk my family (aik??).. Alina ada nampak seorang budak handsome giler. Dia amik course ICT. Dia segak, putih dan kemas. Kali pertama alina tengok dia, alina pikir dia lecturer kat situ sebab macam matang. Tapi rupanya dia kena temuduga ket situ. Ha kat sebelah alina jarak beberapa kerusi je, ada seorang mamat ni muka dia macam Zahiril (dalam cerita MERAH PUTIH, yang jadik MERAH tu.). He's quite cute n short. Yang gegirl plak ada yang pakai high heels, ada yang pakai makeup, n ada yang dressing cecantik. Alina simple aje. Pagi-pagi pakai bedak, pastu da tengahari bedak da cair. Maskara pon sama. Ala-ala sempoi aje..


Mula-mula masa check nama kat UiTm, tak jumpa tau nama alina tapi bila tengok kat area lain, baru jumpa. Takut jugak tak jumpa, nanti kesian plak mak ayah datang jejauh nak hantar alina pergi temuduga.


Alina harap alina luluslah temuduga tu dan dapt masuk U. Dapat jauh pun alina tak kisah. huhuhuhu.................. Amin..

1 comment:

  1. I know you can. just pray, it is important! good luck dear.

    ReplyDelete