Saturday 15 October 2011

KEHILANGAN

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya AllahuYa Allah
Ya Allahu Ya Allah…
baris-baris kalimah Allah yang terakhir aku sebutkan untuknya..
mengingatkan dia pada tuhan yang satu,Allah…

Aku kehilangan..
kami kehilangan…
mereka kehilangan…
kami semua kehilangan …
kau segalanya bagi kami…
seorang yang kami hormati…
kesayangan kami…
namun..kesayangan-Nya juga…
Allah lebih menyayangi dia…
mungkin lebih daripada sayang kami pada dia..
itu antara sebab utama dia pergi…
dia pergi jua,Ya Allah..
dia kembali jua kepada Kau,Ya Allah...
redhakanlah hati kami, Ya Allah…
redhakanlah pemergiannya, wahai hati…

ya,aku kehilangan…
kehilangan nenda yang selama ini amat aku sayang..
kehilangan nenda yang pada suatu ketika dulu bersama aku ketika `abah’ pergi dahulu menghadap Dia…
segala keletah aku di mata dia,segala kenangan dia bersama aku..
untungnya dia,,ramai yang menyayanginya…
kau nenda terbaik di hati kami,mak,atuk,opah, dan sebagainya…
panggilan yang menunjukkan dari generasi ke generasi yang menyayangi dia..
dari anaknya,cucunya,dan cicitnya…semua menyayanginya…

kenapa dia pergi…
sebelum aku sempat menghadapnya buat kali terakhir…
sebelum aku sempat menciumnya agar dia tahu sayangnya aku pada dia..
aku lihat tempat yang selama ini merakamkan pelbagai kerenah semasa dia sakit..
pelbagai kerenah sepanjang aku menjaganya..
sepanjang kami semua menjaganya…
biarlah…
biarlah dia pergi…
daripada menanggung sakit itu…
walaupun sedih di hati tatkala melihat sekujur badan kaku yang diselubungi kain batik ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah…
walaupun aku menangis ketika membacakan dia ayat suci al-quran dan yassin…
walaupun aku meraung melihat dia dikapankan…
sempat aku titipkan pesanan yang aku amat menyayanginya..juga kiriman salam buat abah ketika aku menciumnya buat kali terakhir..

berat hati melihat jenazahnya ditanam…
berat kaki untuk melangkah keluar dari tanah perkuburan seleps talkin dibacakan…
kalau dulu,terbayang di ingatan aku..
ketika pemergian abah…di tanah perkuburan inilah dia menunggu dan tidak mahu pergi ibarat tidak mahu meninggalkan abah..
namun sekarang,,hati ini pula tidak tegar meninggalkannya keseorangan tidur di situ untuk selama-lamanya...
mungkin kerana aku kehilangan abah terlalu cepat membuatkan sayang aku ini beralih kepadanya.
aku amat menyayanginya…
dia ibaratnya mengantikan kasih sayang abah yang tidak dapat aku kecapi..
syukran jazilan,nenda, atas kasih sayang ini..
semoga rohnya tenang di sana..
Al-fatihah…

No comments:

Post a Comment